DEBAT! PERLUKAH?
1 Jul, 2009
 Terbaru, setelah menuduh dan menyamakan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat ‘Ayah Pin’ kini orang yang bernama Nik Aziz bin Nik Mat mengajak pula Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Razak berdebat. Tuduhan itu menyamakan UMNO dengan komunis dan ajaran Ayah Pin nampaknya dikeluarkan secara mudah di bibir mulut dalam satu ceramah, tetapi makna di sebaliknya amatlah berat. Ertinya ahli UMNO yang kini menjangkau 3 juta adalah merupakan penganut ‘komunisme’ dan ajaran sesat Ayah Pin. Salah satu fahaman komunisme ialah tidak menganut apa-apa agama dan semua agama itu disifatkan sebagai ‘candu’ dan melemahkan manusia. Lagi
WAJARKAH PEMIMPIN PAS MENUDUH UMNO SESAT SETARAF AYAH PIN ATAU SEBALIKNYA
30 Jun, 2009
 Pemimpin UMNO sebenarnya memang kuat sabar. Walaupun Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat terbarunya dalam satu ceramah di Manek Urai Kelantan menyamakan UMNO dengan ajaran sesat yang sama tarafnya dengan ajaran sesat Ayah Pin, mereka tetap menahan kesabaran. Pemuda UMNO Kelantan telah membuat laporan polis atas ucapan Datuk Nik Aziz itu. Makna di sebalik laporan itu ialah supaya ucapan itu disiasat dan diambil tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa. Menyamakan UMNO dengan ajaran sesat dan Ayah Pin adalah suatu penghinaan yang keterlaluan. Dalam sejarah, perbuatan pemimpin PAS menghukum dan menghina UMNO sesuka hati bukanlah baru. Lagi
ISU-ISU POLITIK: UNTUK RENUNGAN BERSAMA
29 Jun, 2009
Ya, sepanjang sejarah pun isu-isu politik jugalah yang telah memecah belahkan umat Islam. Lahirnya Syi’ah, Khawarij dan berbagai kelompok yang lain hasil dari ketegangan politik yang bermula pada zaman Pemerintah Saiyyidina Uthman bin ‘Affan r.a, berkembang biak pada zaman Saiyyidina ‘Ali bin ‘Abi Talib dan berlangsungan sehingga hari ini. Hingga, kita terus mewarisi bahana isu-isu politik yang tercetus pada seribu empat ratus tahun lebih yang lalu. Ketegangan Syiah-Sunni yang kedengaran di negara-negara seperti Iraq, Iran, Pakistan, India dan lain-lain adalah hasil dari isu-isu lama politik yang dibentuk menjadi dogma agama dan diwarisi secara fanatik. Bermula dari isu tidak puas hati dengan beberapa tindakan politik bertukar menjadi isu akidah. Semua kerana ketaksuban dan kebencian yang berlebihan. Ketaksuban kepada Saiyyidina ‘Ali bin Abi Talib r.a telah melahirkan aliran Syi’ah yang mengagungkannya melebihi batasan yang patut. Perbuatan yang tidak pernah diredhai oleh ‘Ali itu sendiri. Dalam proses membela ‘Ali, lahirlah berbagai hadis palsu yang direka demi menaikkan aliran ‘politik kepuakan’. Kata seorang tokoh silam Syarik bin ‘Abd Allah (meninggal 177H): “Aku mengambil ilmu daripada setiap yang aku temui, kecuali rafidah (syi’ah fanatik). Ini kerana mereka memalsukan hadis dan menganggapnya (hadis-hadis palsu tersebut) sebagai agama”. (Ibn Taimiyyah, Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah, 1/13, Beirut: al-Maktabah al-‘Ilmiyyah). Lagi
LANTIKAN BARU
22 Jun, 2009
 Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Yang Berhormat Mulia, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri yang baru. Di dalam kerajaan beliau adalah Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Terengganu. Bekas Menteri Penerangan Malaysia (Timbalan Ketua Umno Bahagian Kemaman) yang juga Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek dilantik sebagai Ketua Penerangan. Sebelum ini, Dato’ Ahmad Shabery pernah menyandang tugas tersebut. Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Datuk Abdul Rahin Mohd. Said pula dilantik Bendahari baru. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pelantikan tiga pemimpin itu merupakan antara usaha memantapkan jentera parti. Lagi
E-BOOK DI TERENGGANU SUATU CABARAN
18 Jun, 2009
 “Benda guana gok e-book ni, wat pende, lepah ni dok payoh bawok buku ke gi sekolah ?” demikian cakap-cakap yang kita dengar apabila Terengganu mencipta sejarah baru dalam pendidikan dengan memperkenalkan buku elektronik atau e-book. Lagi yang kita dengar, “doh rosok dok or. Wi ke budak-budak sekolah joh lima, jatoh kang pecah hanyai, tupoh dan masuk air kang.” Petikan cakap-cakap menggunakan dialek Terengganu. Sebenarnya itulah perkara biasa respon atau tindakbalas yang akan kita terima apabila memperkenalkan sesuatu yang baru. Ia telah banyak berlaku dalam sejarah, bahkan semasa diperkenalkan kereta buatan sendiri di awal 80an dahulu pun berbagai komen dan respon kedengaran. Segalanya itu perlu diterima sebagai positif. Apabila ada orang bercakap mengenai apa yang diperkenalkan itu bermakna mereka bersikap ‘ambil tahu’ atau orang Terengganu kata “ambil cakna.” Lagi
TURUN PADANG
16 Jun, 2009
 Perkataan ‘turun padang’ tiba-tiba menjadi popular sebaik sahaja Dato’ Sri Mohd.Najib Tun Abdul Razak menerajui negara. Beliau bukan sahaja melontarkan gesaan ini kepada pemimpin, tetapi sebagai pemimpin nombor satu negara, beliau sendiri mempraktikkannya sebaik sahaja menerima jawatan utama itu. Sebaik sahaja beliau mengambil alih pentadbiran negara, agenda pertama yang dilakukan ialah “turun padang” yang disifatkannya sebagai tinjauan mesra seperti di Puduraya dan sekitarnya
"Saya melawat Puduraya kerana sebahagian besar rakyat menggunakan Puduraya, terutama nak balik kampung, cuti raya. Saya tengok, dan bukan sahaja tengok dengan kepala dan mata saya sendiri keadaan di situ, tetapi juga dapat menghidu udara dan bau di situ. Saya katakan berbeza dengan taklimat yang diberikan oleh pegawai berbanding (apabila) turun dan melihat keadaan sebenar di Puduraya.Banyak bezanya, macam bumi dan langit," katanya.
Lagi
SEGALANYA UNTUK RAKYAT
24 Mei, 2009
 Merakyatkan pentadbiran dan pembangunan bukanlah sekadar motto atau ‘tagline’ tetapi ia adalah merupakan konsep dan falsafah yang berpaksikan kepada kenyataan dan hakikat yang sebenar.
Falsafah yang diutarakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu sejak lebih setahun yang lalu ini diasaskan kepada kenyataan bahawa kerajaan yang dibina ini adalah hasil dari sokongan dan pilihan rakyat sendiri secara majoriti.
Sesungguhnya, kita memang berpegang kepada prinsip demokrasi yang mana kerajaan itu adalah lebih kepada hak milik rakyat. Namun demokrasi perlu sampai kepada maksudnya yang tepat dan perlu objektif iaitu untuk memastikan negara stabil aman dan sejahtera dengan perlu fleksibel secara terkawal.
‘Menteri Besar Rakyat Terengganu’, Dato’ Ahmad Said ada menyatakan baru-baru ini kerajaan negeri juga menerapkan konsep "think people" atau "fikir rakyat" kepada semua pegawai peringkat pengurusan serta sokongan dalam masa mereka menjalankan tugasan harian. Lagi
PAKATAN PEMBANGKANG BUKANNYA PAKATAN RAKYAT
12 Mei, 2009
Ramai yang terkeliru mengenai beberapa istilah yang dipopularkan oleh pihak pembangkang. Misalnya istilah ‘pakatan rakyat’ yang seolah-olahnya kumpulan atau parti mereka ini disokong dan didokong oleh rakyat, manakala kumpulan atau parti lain sebaliknya. Sebenarnya yang mengundi semasa pilihanraya adalah rakyat yang berdaftar sebagai pengundi dan keluar mengundi; mereka mewakili rakyat keseluruhannya tanpa mengira sama ada mereka ini menyokong mana-mana parti. Kalau Barisan Nasional (BN) yang menang misalnya di Terengganu ini dan BN membentuk Kerajaan di Terengganu, bermakna ia juga adalah kerajaan yang dipilih dan disepakati secara majoriti oleh rakyat. Lantas ia juga adalah kerajaan hasil permuafakatan rakyat atau pakatan rakyat. Begitulah juga kerajaan di peringkat negara kita sekarang iaitu Kerajaan BN yang juga dipilih melalui persepakatan rakyat secara majoriti. Jangan anggap kerajaan selain BN itu sahaja adalah hasil pakatan rakyat kerana semua kerajaan yang terbentuk melalui sistem demokrasi adalah kerajaan rakyat atau dipilih oleh rakyat, mungkin juga boleh disebut pakatan rakyat. Lagi
KERAJAAN PERPADUAN: DANGKALNYA HAJI HADI MEMBUAT ALASAN PENARIKAN BALIK
28 Apr, 2009
 1. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya mengumumkan penarikan balik cadangan kerajaan perpaduan dengan UMNO dan Barisan Nasional. 2. Dalam kerasionalan beliau pada peringkat awalnya, beliau akhirnya terpaksa tunduk kepada suara ekstrim Pas demi untuk terus mendapat perlindungan sebagai Presiden agar tidak dicabar, demikian gelombang politik dalaman Pas sejak akhir-akhir yang membawa ke arah pembatalan cadangan itu. 3. Beliau terpaksa tunduk dengan keputusan ektrimis Pas agar tidak meneruskan cadangan perpaduan itu sedangkan sepatutnya sebagai pemimpin beliau yang membimbing ahli dan pimpinan bawahan bagi memperjuangkan kebenaran, kerasionalan dan bukannya tunduk kepada pengikut bawahan, tetapi itulah lemahnya Hadi Awang yang lebih mengutamakan pangkat dan kedudukan dalam parti dari nilai kebenaran yang hakiki. 4. Dengan berbuat alasan bahawa pembatalan itu kerana pucuk pimpinan UMNO dan negara telah bertukar dari Tun Abdullah kepada Dato’ Sri Najib ia jelas hanya alasan nipis dan rekaan semata-mata. Yang hendak berpadu bukan individu tetapi parti dan organisasi. 5. Yang hendak dibina ialah ‘Unity Government’ (menurut huaraian Haji Hadi) sepertimana difahamkan bagaimana Pas memberi contoh Nabi Yusof menjadi Menteri pada kerajaan yang bukan Islam dan adalah tidak salah berbuat demikian (seperti huraian dan pertanyaan Abduh anak Nik Aziz kepada ayahanyanya). Mengapa sekarang ini timbul pula era Tun Abdullah dan Dato’ Sri Najib untuk dibuat alasan tidak menerukan hasrat itu- sedangkan mereka kata kerajaan Barisan Nasional, bahkan menurut Mohd.Abduh (anak Nik Aziz) PKR bukanlah kerajaan Islam; tetapi boleh diberi khidmat sebagaimana khidmat Nabi Yusof kepada kerajaan bukan Islam. 6. Selain itu, Haji Hadi juga nampaknhya tunduk kepada DAP yang anti perpaduan, diikuti PKR yang juga tidak bersetuju kerjasama dengan UMNO. Nampaknya Hadi gagal untuk menjadi pemimpin kepada pakatan pembangkang sebaliknya lebih selesa jadi ‘pak turut’ sahaja. 7. Walaupun Hadi sudah nampak bahawa orang Islam dan Melayu akan ditimpa padah kalau terus berpecah dan bersengketa dan perpaduan adalah ubat paling mujarab, tetapi beliau akhirnya terpaksa tidak mengambil ‘ubat’ itu hanya kerana kepentingan pangkat dan menurut arus sahaja. 8. Jalan terbaik bagi Hadi ialah tinggalkan sahaja perjuangan Pas dan sertai UMNO kerana Pas sudah terang-terang menolak cadangan dan idea bernasnya itu. Lagi
ISU ADUN (PAS) MELOR DAN PEREMPUAN CINA KEMBOJA, KENAPA PEMIMPIN PAS MEMBISU?“DIDAKWA ABAIKAN TANGGUNGJAWAB MEMBERI NAFKAH ANAK-ANAK……..
24 Apr, 2009
 Media tempatan melaporkan: KOTA BHARU 18 Feb 2009. – Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini, Nik Mohd. Najib Nik Hassan menegur sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Melor, Wan Ismail Wan Jusoh yang tidak hadir untuk perbicaraan kes tuntutan nafkah anak-anaknya hari ini. Hakim Nik Mohd. Najib juga menasihatkan ADUN itu yang diwakili oleh peguam syarie, Mohd. Zaki Zainal Abidin supaya hadir pada prosiding akan datang dan mengambil serius terhadap proses perundangan itu. “Nasihat saya, defendan (Wan Ismail) sepatutnya hadir, kes ini kalau mari (datang) ramai-ramai, boleh jadi heboh, akhbar juga jangan lapor perkara yang buruk sebab ini melibatkan maruah orang. “Seboleh-bolehnya, peguam yang dilantik cuba terangkan kepada defendan yang mempunyai kedudukan tinggi di kalangan masyarakat untuk selesaikan perkara yang dihadapi secara baik di luar mahkamah. ‘‘Jika ia dapat diselesaikan di luar mahkamah, datang semula dan saya akan beri tarikh perbicaraan yang lebih awal dari sepatutnya,” kata hakim. Lagi
NIK AZIZ PERTAHANKAN ELIZABETH WONG YANG BERGAMBAR TELANJANG
23 Apr, 2009
 1. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tidak ada sebarang asas untuk Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong meletakkan jawatan. 2. "Dari apa yang saya faham berdasarkan laporan akhbar, gambar itu diambil oleh penceroboh yang memasuki rumahnya. Jadi tidak dia yang salah tetapi penceroboh itu. 3. "Dalam Islam, kita bebas untuk berbuat apa sahaja ketika kita bersendirian dalam rumah kita. Kita boleh buka aurat kita atau menutupnya," kata Nik Aziz ketika ditemui media di rumah rasminya, JKR 10. (siasahdaily- 18 Februari 2009) 4. Disiarkan salah satu komen pembaca berkaitan kenyataan Nik Aziz ini…..sama-samalah kita renung: 5. "Dalam Islam, kita bebas untuk berbuat apa sahaja ketika kita bersendirian dalam rumah kita. Kita boleh buka aurat kita atau menutupnya," kata Nik Aziz 6. masa aku sekolah dulu ustaz ada kata kita tidak boleh bogel dalam rumah walaupun kita sendirian...malaikat ada di kiri kanan... 7. Allah ada di mana-mana... Lagi
SIDANG DUN BERJALAN SEPERTI BIASA
16 Apr, 2009
 1.Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang bersidang selama tiga hari berjalan dengan seperti biasa walaupun mendapat liputan yang hangat dan meluas. Kehangatan itu mungkin disebabkan oleh laporan media yang begitu banyak dan penyiaran komen-komen yang berbagai. 2. Namun Terengganu di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus menjunjung keutamaan kepada rakyat sebagai perkara terpenting. Merakyatkan pentadbiran dan pembangunan adalah pendekatan yang cukup berkesan dan menepati cita rasa rakyat. Lantaran itu rakyat mahu agenda itu diteruskan tanpa sebarang gendala. Mereka amat tidak seronok kalau cerita-cerita dan percaturan politik berlebihan mengatasi agenda untuk menolong dan membahagiakan mereka. 3. Royalti yang sedang dibayar semula kepada Negeri Terengganu hasil perjuangan pimpinan kerajaan dan rakyat Terengganu merupakan cerita gembira buat rakyat Terengganu. Terbaru, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said sebanyak RM650 juta telah dierima lagi dari jumlah keseluruhan yang patut diterima RM1,394 juta. Walaupun pembangkang agak tidak berpuas hati dan mahukan lebih banyak lagi, tetapi ingatlah kata orang jangan terlalu gelojoh. Proses rundingan dan perbincangan masih berjalan, tidakkan lari gunung dikejar, hilang kabus nampaklah ia. Lagi
KERAJAAN CAMPURAN SATU REALITI ATAU FANTASI?
1 Apr, 2009
Politik Malaysia khususnya di kalangan umat Islam di negara ini dikejutkan dengan satu senario baru bila kepimpinan utama PAS (Presiden PAS) mengemukakan kesediaan untuk sama-sama berada dalam Kerajaan campuran. Bermakna kalau sekarang Barisan Nasional (BN) yang memerintah Malaysia, PAS sedia bersama. Suatu perkembangan yang mengejutkan kerana selama ini ia dianggap sesuatu yang terlalu sukar, apa tidaknya sehinggakan orang-orang UMNO yang mengetuai kepemimpinan BN dituduhan kafir kerana berpadu dalam pakatan politik dan menubuhkan kerajaan. (sila rujuk berbagai fatwa yang dikeluarkan sebelum ini oleh pimpinan PAS). Apabila cadangan sebaliknya dikemukakan (berpaling 90 darjah dari pegangan asal) sudah tentu ia perlu dibincang dan disepakati dengan penuh rasa kasih sayang dan melupakan cerita lama dan membuka ‘buku baru’ serta bertaubat kepada Allah di atas kesilapan yang lalu. Kepemimpinan PAS perlu membuktikan keikhlasan berhubung cadangan penubuhan kerajaan campuran antara Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang di negara ini bukan sekadar gimik politik. Lagi
PENGAJARAN DARI GAZA, PALESTIN.
30 Mar, 2009
 Menarik untuk direnungi tentang penderitaan umat Islam Palestin di Gaza yang derita akibat serangan pihak Israel yang tiada berperikemanusiaan. Pembunuhan secara beramai-ramai terhadap warga Palestin, khususnya yang berada di Gaza tanpa mengira sesiapa, sama ada orang tua atau kanak-kanak bukan lagi perkara yang mengejutkan kerana kalau boleh Israel mahu lenyapkan terus warga Palestin dari buminya. Pengguguran bom kimia oleh tentera Israel sudah tidak menjadi kesalahan lagi dalam perang. Sudah banyak peristiwa pembunuhan seperti itu sebelum ini ke atas rakyat Palestin yang tanahair mereka dirampas oleh Israel sehingga ramai di kalangan mereka menjadi ‘pelarian’ di merata tempat di bumi sendiri dan negara-negara jiran; bahkan ada yang sedang dipenjarakan oleh pihak lawan. Memanglah menjadi hasrat pihak Israel mahu menghapuskan kewujudan umat Islam Palestin sejak sekian lama setelah kewujudan negara Isreal pada tahun 1947. Malanglah bagi umat Islam di Palestin, tanahair mereka dirampas, bangsa mereka pula mahu dihapuskan! Lagi
BERBELANJA MERANGSANG EKONOMI
11 Mar, 2009
 Melalui Bejet Mini yang dibentangkan oleh Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak,rakyat mendapat maklumat bahawa kerajaan telah memperuntukkan RM60 billion bagi merangsang kegiatan ekonomi. Empat teras utama ialah mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan (RM2 billion), meringankan beban rakyat, terutama golongan mudah terjejas (RM10 billion), membantu sector swasta menghadapi krisis (RM29 billion) dan membina keupayaan masa depan (RM19 billion). Sebelum ini juga kerajaan telah memperuntukkan RM7 billion bagi tujuan yang sama. Semua ini bagi mengelak negara kita dari terjejas terus lantaran krisis ekonomi dunia. Sama ada rakyat secara keseluruhannya sedar atau tidak bahawa negara sedang berdepan dengan krisis ekonomi global, hakikatnya dunia sekarang sedang dilanda krisis ekonomi yang tenat dan tempiasnya sedikit demi sedikit sedang melanda negara kita. Negara kita yang amat bergantung kepada eksport (menjual barang atau perkhidmatan keluar negara) dan rakyat yang ada kaitannya dengan sektor tersebut telah mula terasa kesannya. Sebagaimana dilaporkan pada Januari tahun ini sahaja, kadar eksport negara jatuh hampir 28 peratus. Lagi
ERTI MERAKYATKAN PEMBANGUNAN DAN PENTADBIRAN
14 Jan, 2009

‘Rakyat,’bukanlah suatu perkataan yang asing bagi kita semua. Sejak dahulu lagi kita pernah mendengar, ‘sekolah rakyat, bank rakyat, balai rakyat, bahkan kini pula berbagai-bagai jurusan dijenamakan dengan perkataan ‘rakyat.’ Merakyatkan seni, merakyatkan ekonomi, merakyatkan sukan dan sebagainya.
Kita semua adalah rakyat sebenarnya. Bagaimanapun istilah rakyat dalam konteks yang difahami ramai ialah golongan bawahan atau rakyat biasa yang taraf hidupnya agak miskin atau sederhana. Apa yang jelas “rakyat’ tidaklah merujuk kepada golongan elit atau bangsawan, walaupun sebenarnya golongan itu adalah komponen rakyat juga.
Pendekatan dan fokus kepada rakyat adalah menjadi cita-cita dan harapan pemimpin yang tulus dan berjiwa rakyat. Lebih-lebih lagi kalau pemimpin itu lahirnya dari kalangan rakyat, yang memahami pahit-getir kehidupan, susah-senang sebuah perjuangan untuk kelangsungan hidup, tentunya perjuangan demi untuk rakyat menjadi keutamaan. Lagi
MENJADI PENGGUNA/PEMILIH YANG BIJAK
13 Jan, 2009
 17 Januari 2009 adalah hari penentuan. Menentukan siapa dan parti manakah yang akan mewakili rakyat atau pengundi di P.036 Kuala Terengganu di Parlimen. Kita bukan memilih kerajaan kerana kerajaan sudah sedia terbentuk iaitu Kerajaan Barisan Nasional (BN) di peringkat pusat dan juga negeri. Pengundi sebenarnya adalah pengguna. Sebagai pengguna yang bijak tentulah akan membuat pemilihan yang tepat dan mendatangkan faedah. Jika ia berbentuk barangan tentulah memilih barang yang berkualti dan mempunyai nilai faedah yang tinggi. Kalau ia perkhidmatan, perkhidmatan yang baik dan menyenangkan. Lagi
PAS TIDAK SEPERTI DULU LAGI, PAS KLU KLEK
13 Jan, 2009
 Dulu pemimpin-pemimpin Pas benar-benar mengamalkan ajaran Islam, baik dari segi dasar dan perlakuan, termasuk pegaulan lelaki-perempuan tetapi hari ini Pas sudah moden. Nilai-nilai Pas dulu seperti membatasi pergaulan lelaki wanita, bila ada majlis perempuan di letakkan di tempat asing dengan lelaki, tetapi hari ini tidak lagi...segalanya telah berlaku. Pas lebih pragmatik, lihat pemimpin Pas sudah tidak segan silu, bersama perempuan bukan muhrim atas dasar politik. Kalau dulu mereka kecam kalau pihak Umno berbuat demikian, tetapi hari ini setelah bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP...segalanya boleh dan harus... (lihat gambar ini...di majlis penyerahan/pelancaran alat tayangan kempen). Komen- dulu semasa saya bersama Pas, saya hadir perjumpaan, yang dipanggil muktamar, muslimat diasingkan dari lelaki, tetapi hari ini ..lihatlah apa dah jadi..soal aurat dan pergaulan sudah diketepikan!) Lagi
MENGAPA PENTINGNYA KESELAMATAN SEMASA PILIHANRAYA
13 Jan, 2009
 “Lebih kurang jam 12 tengahari- 8/3/2008, saya balik dari mengundi di Sek.Men.Seberang Marang dan saya singgah di Sekolah Agama Marang dan saya singgah di Sekolah Menengah Agama Marang kerana ada 3 orang jiran hendak tumpang balik ke rumah. Sampai di simpang masuk ke Medan Jaya, saya ditahan oleh sekumpulan lelaki yang menutup mukanya. Apabila saya berhenti, mereka mengatakan kepada kami sebagai pengundi hantu. Mereka ketuk cermin dan tendang kereta…” demikian sebahagian kandungan laporan polis yang dibuat oleh seorang yang dituduh ‘pengundi hantu’. Laporan polis di atas adalah antara ratusan laporan polis semasa Pilihanraya Umum ke 12 (PRU 12) lalu yang sebenarnya disebabkan oleh tindakan ganas penyokong Pas yang membuat kekasaran kepada mana-mana pihak yang dituduh “pengundi hantu” tanpa usul periksa. (lihat gambar kumpulan Pas yang bertopeng sedang mengawal pengundi hantu kononnya) Sebenarnya adalah menjadi kesalahan kepada mana-mana pihak menghalang proses pengundian. Tuduhan pengundi hantu hanyalah tuduhan semata-mata kerana selagi nama mereka tersenarai dalam daftar pemilih, mereka tetap berhak mengundi, sama ada mereka penyokong mana-mana parti yang bertanding sekalipun. Lagi
KERJA KUAT MENANGKAN CALON BN - PAK LAH
12 Jan, 2009
 Jentera Barisan Nasional (BN) diminta bekerja lebih kuat untuk memastikan kemenangan calon BN pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu yang akan diadakan 17 Januari ini. Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata semua wakil jentera di peti undi perlu berusaha gigih bagi meraih sokongan yang lebih tinggi dari pengundi di kawasan itu. Beliau berkata, calon BN Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh membuat pengorbanan tinggi dengan melepaskan jawatannya sebagai senator dan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, berkuatkuasa 5 Januari lalu. Lagi
PALESTIN.....
12 Jan, 2009
 Kita renung sejenak, betapa kita umat manusia yang berada di muka bumi Allah ini (Malaysia), dapat menikmati kehidupan yang penuh dengan keharmonian. Dapat menjalani kehidupan dengan sempurna tenpa perperangan...dapat belajar dengan sempurna tanpa gangguan, malah mendapat bantuan. Kita di sini dapat menghirup udara segar pagi, dapat bersarapan pagi dengan makanan yang enak-enak, makan tanpa mengira waktu sehinggakan mendapat serangan penyakit ekoran pemakanan. Tetapi malangnya bagi anak-anak, ibu-ibu, wanita dan mereka dibumi Palestin yang bergelut dengan ancaman Israeil Laknatullah. Ada anak kehilangan ibu, kehilangan tempat tinggal bermandikan serangan mortal ataupun bom atom. Marilah kita renung sejenak...betapa bertuahnya kita dibumi Malaysia, kita perlu pertahankan kedamaian dan kemakmuran ini daripada diragut serta dihancurkan. Sama-samalah kita berdoa semoga umat Islam dibumi Palestin mendapat perlindungan Allah daripada ancaman musuh Islam.....Amin... Lagi
WAN FARID CALON MUTLAK UMNO
11 Jan, 2009
 Timbalan Perdana Menteri menegaskan Dato’ Wan Ahmad Farid adalah calon pilihan mutlak Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari depan. Sehubungan itu, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, berkata dakwaan pihak tertentu kononnya bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri itu hanyalah pilihan individu pemimpin tertentu dalam UMNO, tidak berasas. Menurutnya, dalam proses menentukan calon yang sesuai, beliau dan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sepakat dengan pemilihan Dato’ Wan Ahmad Farid sebagai calon. Lagi
KIT SIANG ADA..TOK GURU KE MANA?
7 Jan, 2009
.jpg) Proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu hari ini (06.01.08), bukan sahaja tidak menyaksikan kelibat calon bebas pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu, Tok Mun, tetapi turut tidak kelihatan Mursyirul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ke mana perginya, sedangkan masa di Penang dulu, datang juga walaupun bertongkat. Ketidak hadiran Datuk Nik Aziz dikatakan kerana kurang bersetuju dengan keputusan Presidennya, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang , memilih Mohd Abdul Wahid Endut, sebagai calon Pas. Sebaliknya beliau mahukan Mohd Sabu bertanding pada pilihan kecil ini, bukan itu sahaja kelibat Penasihat Pati Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga tidak kelihatan. Namun yang memberi sokongan pada kepada Pas adalah DAP, apabila Lim Kit Siang hadir sama. Kini penyokong Pas turut membawa bendera dan lambang DAP. Apakah itu DAP semua dah tahu, Pas pun tahu; dan apa jadi kepada Kerajaan Perak sekarang juga semua dah tahu. Lagi
PAS AKUI DEMOKRASI MASIH SUBUR
7 Jan, 2009
 Pas mengakui amalan demokerasi di Negara ini masih subur dan ia dibuktikan pada Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, apabila menyaksikan pertandingan tiga penjuru. Calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut, berkata pertembungan tiga penjuru itu membuktikan amalam demokerasi yang diamalkan di Negara ini masih relevan dan dihormati. “Pertandingan tiga penjuru adalah perkara biasa bagi sebuah Negara demokerasi dan saya tidak gentar untuk berdepan lawan kerana sudah lima penggal memenangi Pilihan Raya Umum,” katanya. Lagi
PAS MEMANG KERJANYA MENFITNAH.
6 Jan, 2009
 Macam-macam cara nak melemahkan calon Barisan Nasional (BN) walaupun pemimpin Pas menggunakan pendekatan fitnah yang bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam. Cara ini dilakukan bukan semata-mata untuk melonjakkan agar calon PAS nampak terpuji tetapi juga sebagai calon terbaik. Dengar ceritanya, seorang pemimpin PAS membangkitkan kononnya calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menyanyi karaoke bersama seorang gadis di bandar Kuala Terengganu. Sedangkan Dato’ Wan Farid bersama keluarganya dan gadis yang dimaksudkan itu adalah anak saudara Wan Farid. Majlis bersama keluarga itu adalah di rumah abangnya. Lagi
FELDA LAMBANG KEJAYAAN BN (PARTI PERIKATAN)
6 Jan, 2009
 Felda kini berjaya bergerak ke arah global dan sumbangan Felda terhadap negara tidak dapat dinafikan lagi sejak 53 tahun lalu. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, tansformasi Felda sejak diperkenalkan oleh Almarhum Tun Abdul Razak sedekad lalu di bawah Barisan Nasional (BN) memberi erti besar kepada negara. “Bermula 53 tahun dahulu, tanah rancangan Felda Lurah Bilut, Pahang merupakan tanah rancangan pertama diteroka..waktu itu..tak ada jentolak..tak de kontraktor…cuma membanting tulang empat kerat memerah keringat..hari ini Felda sudah melonjak ke Boston, Amerika Syarikat..,” katanya. Lagi
BN BAWA MESEJ PEMBANGUNAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
5 Jan, 2009
 Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata siapa pun lawan yang dinamakan untuk menentang beliau, ia tidak akan mengubah pendekatan BN serta falsafah parti untuk mendekati dan membawa mesej pembangunan kepada penduduk Kuala Terengganu. Katanya, BN juga tidak gentar dengan isu-isu yang akan dibawa Pas semasa kempen nanti kerana ia adalah isu sama yang dibawa parti itu pada pilihan raya umum 8 Mac lalu. Beliau berkata, rakyat sendiri sudah dapat membuat penilaian dan memilih wakil BN, Allahyarham Dato’ Razali Ismail pada pilihan raya umum itu. Beliau berkata demikian bagi mengulas calon, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam Mohd Abdul Wahid Endut dinamakan sebagai calon Pas untuk pilihan raya kecil kawasan Parlimen Kuala Terengganu, semalam. Dato’ Wan Ahmad Farid berkata pihaknya akan meneruskan usaha mendekati pengundi dan tetap akan melantik pegawai khas yang fasih berbahasa Hokkien dan Mandarin bagi menjaga hal ehwal masyarakat cina di Kuala Terengganu. Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan masyarakat Cina di Restoran Kien Tee, Kuala Terengganu, 2 Januari lalu. Lagi
TIADA PENGUNDI HANTULAH!!
5 Jan, 2009
 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), memberi amaran supaya tidak menimbulkan isu pengundi hantu, menjelang Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu 17 Januari ini. Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Nordin Che Ngah, berkata isu pengundi hantu tidak perlu diwujudkan, kerana SPR menjalankan tugas mengikut prosedur ditetapkan. “Isu pengundi hantu adalah isu lapuk, pengundi hantu sebenarnya tidak wujud. Senarai nama pemilih terlebih dahulu dipamerkan bagi tujuan bantahan sekiranya ada. “Untuk kita mengambil orang baru sebagai pemilih dalam masa yang singkat adalah mustahil. Pendaftaran baru pemilih memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga bulan bagi membolehkan layak mengundi,” katanya. Beliau memberitahu pemberita demikian selepas sesi taklimat dan penerangan kepada pihak media, di Wisma Persekutuan dekat sini semalam. Lagi
MEMASTIKAN RAKYAT DAPAT MANFAAT
1 Jan, 2009
Pembangunan adalah suatu perkataan yang mudah diucapkan, tetapi sukar untuk diberi makna yang tepat. Ada yang melihat pembangunan itu dari sudut fizikal. Misalnya apabila terdapatnya bangunan-bangunan yang besar dan mencakar langit, jalan-jalan raya yang bersimpang siur dan sebagainya; itu sebagai tanda negeri atau negara itu sudah membangun. Ada juga yang melihat dari aspek spiritual semata-mata dengan mengatakan pembangunan fizikal itu tidak penting, membazir, mewah dan tidak perlu. Mereka melihat pembangunan itu dari sudut kerohanian. Kata mereka biarlah tidak ada pembangunan, mundur dan terkebelakang, asalkan kehidupan beragama dan nilai akhlak penduduk terpelihara. Mereka ini memahami ajaran agama dalam skop yang amat terbatas dengan tidak melihat pembangunan fizikal juga adalah tuntutan agama. Walau apapun pengertian tentang pembangunan, kita di Terengganu sudah melalui proses perubahan dari sebuah negeri yang mundur kini telah dapat bersaing dengan negeri-negeri lain. Terengganu sudah membina imej yang tersendiri. Imej negeri yang sedang membangun, tetapi masih terpelihara nilai-nilai ketimurannya. Lagi
MENTERI BESAR RAKYAT
31 Dec, 2008
 “Merakyatkan pembangunan” adalah falsafah dan pendekatan yang diambil oleh Dato’ Ahmad Said, seorang pemimpin yang amat mudah didekati dan mendekati rakyat. Apa jua pembangunan yang hendak dijalankan kata beliau, mestilah mengambilkira faedah dan manfaatnya kepada rakyat. Perkiraannya mudah, yang menentukan sesebuah kerajaan itu terbina dan yang menentukan seseorang wakil rakyat itu menang ialah pengundi. Pengundi itu adalah rakyat keseluruhannya tak kira penyokong kerajaan atau pembangkang. Beliau sendiri turun padang melihat setiap masalah rakyat, tak kira di musim hujan atau di musim panas. Tak kira di mana sahaja rakyat berada, di tepi pantai, di sawah dan lading, di rumah setinggan….semua akan dilawatinya untuk melihat sendiri susah-senang kehidupan rakyatnya, sama ada Umno atau Pas. Lagi
SUKARNYA PAS NAK PILIH CALON MEREKA
22 Dec, 2008
UMNO membuat keputusan yang awal bila mengumumkan Senator Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Timbalan Menteri Dalam Negeri sebagai calon pilihanraya kecil P.36, Parlimen Kuala Terengganu. Pas masih tercari-cari siapakah calon yang sesuai. Walaupun Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul hadi Awang mengatakan calon itu sudah ada dalam poketnya, tetapi mungkin ada lebih dari satu calon dalam poketnya itu dan tidak tahu yang mana satu hendak dikeluarkan nanti. Pertikaian atau ketidakmampuan pemimpin-pemimpin Pas bersatu hati dalam memilih calon itu terserlah sehingga terpaksa anjak pengumuman kepada 1 Januari ini (harap-harap tidak dianjakkan lagi). Lagi
CALON BN PILIHANRAYA KECIL P. 036 KUALA TERENGGANU
21 Dec, 2008
 Segala teka-teki telah terjawab.Senator Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh adalah calon Barisan Nasional bagi pilihanraya kecil P.036, Parlimen Kuala Terengganu. Bidoata Ringkas calon BN: Dilahirkan di Kuala Terengganu, 46 tahun yang lalu.Isteri: To' Puan Intan Baizura Abdul Wahab. Berkepakaran di bidang Undang-undang dengan kelulusan LLB (Hons dan CLP (Hons). Mempunyai anak seramai enam orang, beliau adalah Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu yang menang tanpa bertanding dalam pemilihan baru-baru ini dan merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri. Sebelum ini beliau adalah Setiausaha Politik Kepada Menteri Dalam Negeri. Ayah beliau Allahyarham Dato' Wan Salleh (Dato' Perwira Negara) adalah bekas Pesuruhjaya Agama Terengganu dan pegawai tadbir negeri yang berpengalaman. Lagi
|